Republic USM adalah sebuah organisasi di bawah kendalian beberapa orang admin. Ditubuhkan pada Januari 2013, kini Republic USM maju setapak dengan penubuhan blog, di atas domain A Territory of Republic USM.
eh apesal skema sangat bahasa aku ni? haha. ok, aku malas nak serius sangat dalam bahasa di blog ini. sebarang pertanyaan, tak puas hati, rasa nk mintak nombor telefon ke, nk berkenalan ke, boleh lah email semua benda tu dekat email kami di republicusm@gmail.com
oh ye, sebelum aku terlupa. sebarang aktiviti pelajar, aktiviti persatuan, aktiviti kelab, boleh juga email details program korang dekat email tadi. aktiviti yang berunsurkan lucah, politik, mahupun peribadi adalah di larang sama sekali.
ok, bagi memudahkan korang kenal penulisan penulisan kitaorang, aku sebagai admin kedua akan memegang nama samaran seperti di bawah. admin tertinggi selaku founder Republic USM akan ada nama samaran dia sendiri. nanti dia kenalkan diri ok?
so, sampai disini jelah untuk intro. next time la aku tulis lagi. haa, lagi 1, kitaorang ni pun ada kerja nak buat, so takda lah 24 jam mengadap blog ni je. so kalau tak ter-update entry dalam 3-4 hari tu, faham faham jela. haha
ok, chow dulu.
adios.
yg benar,
Abg Kay.
(Admin kedua Republic USM)
No comments:
Post a Comment