Friday, 22 March 2013

Majlis Tilawah Al-Quran USM 2013


Assalamualaikum

Allah berfirman: “Sesungguhnya Alquran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar”. (Al-Israa,: 9).

Marilah sama2 meramaikan majlis ilmu
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Desasiswa dengan
tema "Al-Quran Cahaya Kehidupan"

Tarikh : Jumaat, 29 Mac (8 pm - 11 pm) dan Sabtu, 30 Mac (9 am - 11 pm)
Tempat :Kompleks Cahaya


Thursday, 14 March 2013

Selamanya RepublicUSM

Ehem..ehem...ehem...testing.testing.

Hye. bidang penulisan ni bukan bidang aku sebenarnya. tapi takper la. aku cuba yang terbaik untuk hampa semua.

okeh. aku Jay. Founder untuk RepublicUSM ni. pelajar tahun 3, school dirahsiakan. desasiswa Restu. idea penubuhan Republic ni tercetus masa study week sem satu dulu. pada tarikh 7 Januari 2013, maka tertubuhlah dengan rasminya RepublicUSM.

Pada awalnya susah jugak nak menempa nama dalam arena timeline twitter ni, tapi lama2 layan jugak hampa ni. kalau bosan je aku akan luangkan masa di twitter ni.

Aku harap hampa akan terus support RepublicUSM. kekuatan kami terletak pd hampa. lastly, kalau nak minta kami promote atau nk hubungi kami, emel je republicusm@gmail.com dan jangan lupa follow instagram kami search je republicusm.

A Territory of Republic USM - An Introduction



Republic USM adalah sebuah organisasi di bawah kendalian beberapa orang admin. Ditubuhkan pada Januari 2013, kini Republic USM maju setapak dengan penubuhan blog, di atas domain A Territory of Republic USM.


eh apesal skema sangat bahasa aku ni? haha. ok, aku malas nak serius sangat dalam bahasa di blog ini. sebarang pertanyaan, tak puas hati, rasa nk mintak nombor telefon ke, nk berkenalan ke, boleh lah email semua benda tu dekat email kami di republicusm@gmail.com

oh ye, sebelum aku terlupa. sebarang aktiviti pelajar, aktiviti persatuan, aktiviti kelab, boleh juga email details program korang dekat email tadi. aktiviti yang berunsurkan lucah, politik, mahupun peribadi adalah di larang sama sekali.

ok, bagi memudahkan korang kenal penulisan penulisan kitaorang, aku sebagai admin kedua akan memegang nama samaran seperti di bawah. admin tertinggi selaku founder Republic USM akan ada nama samaran dia sendiri. nanti dia kenalkan diri ok?

so, sampai disini jelah untuk intro. next time la aku tulis lagi. haa, lagi 1, kitaorang ni pun ada kerja nak buat, so takda lah 24 jam mengadap blog ni je. so kalau tak ter-update entry dalam 3-4 hari tu, faham faham jela. haha

ok, chow dulu.
adios.

yg benar,


Abg Kay.
(Admin kedua Republic USM)