Thursday, 15 August 2013

Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia kali ke-48 Tahun 2013

UPACARA KONVOKESYEN KE-48 Universiti Sains Malaysia

19 September - 22 Spetember 


DTSP USM Pulau Pinang

Sidang Pertama
Khamis, 19 September 2013, 10.00 pagi

Ijazah Kehormat
Doktor Falsafah
Doktor Pendidikan
Doktor Pentadbiran Perniagaan
Sarjana Sains (Tulen)*
Sarjana Sains (Sains Gunaan)*
Sarjana Sains (Kejuruteraan)*
Sarjana Sains (Kesihatan/Perubatan/Pergigian)*
Sarjana Sastera*
Sarjana Sains Kemasyarakatan*
Sarjana Perubatan
Sarjana Patologi
Sarjana Perubatan Masyarakat
Sarjana Surgeri
Sarjana Kesihatan Awam
Sarjana Kesihatan Awam Pergigian
Sarjana Farmasi (Farmasi Klinikal)
*penyelidikan

Sidang Kedua
Jumaat, 20 September 2013, 9.00 pagi

Sarjana Sains (Tulen)
Sarjana Sains (Sains Gunaan)
Sarjana Sains (Kejuruteraan)
Sarjana Sains (Kesihatan, Perubatan dan Pergigian)
Sarjana Pendidikan
Sarjana Sastera
Sarjana Komunikasi
Sarjana Pentadbiran Perniagaan
Sarjana Kerja Sosial
Sarjana Pengurusan Ekonomi
Sarjana Kajian Antarabangsa & Diplomasi
Sarjana Instruksi Multimedia
Doktor Perubatan
Doktor Pergigian

Sidang Ketiga
Jumaat, 20 September 2013, 3.30 petang

Diploma Pendidikan
SM Sains
SM Sains (JJ)
SM Sastera (Seni)

Sidang Keempat
Sabtu, 21 September 2013, 9.00 pagi

SM Sastera
SM Sastera (JJ)
SM Pengurusan
SM Pengurusan (UA)
SM Pengurusan (JJ)

Sidang Kelima
Sabtu, 21 September 2013, 3.00 petang

SM Sains Gunaan
SM Kejuruteraan
SM Teknologi

Sidang Keenam
Ahad, 22 September 2013, 9.00 pagi

SM Sains Kesihatan
SM Sains (Sains Forensik)
SM Perakaunan
SM Seni Halus
SM Seni Muzik
SM Komunikasi
SM Komunikasi (UA)
SM Sains dengan Pendidikan
SM Sains (PBP)
SM Seni Bina
SM Sastera (Bahasa Inggeris untuk Profesional)

Sidang Ketujuh
Ahad, 22 September 2013, 3.00 petang

SM Pendidikan
SM Farmasi
SM Farmasi (UA)
SM Sains Komputer
SM Sains Kemasyarakatan
SM Sains Kemasyarakatan (JJ)
SM Sastera dengan Pendidikan
Diploma Kejururawatan


Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://registry.usm.my/konvo/

Sunday, 21 April 2013

#TwtUpKejut

Dengan segala hormatnya, komuniti twitter pelajar kampus kejuruteraan USm akan menganjurkan TwtUpKejut: 

AWFL 2013, penyertaan masih dibuka sehingga hujung minggu ni (21/4/2013)
bayaran hanya rm 25, akan mendapat t-shirt, sijil penyertaan dan myCSD (minuman juga di sediakan semasa berjalan), pengangkutan disediakan dari kampus induk (padang kawad) ke kejut..
program #TwtUpKejut ni berlangsung selama 1 hari dari pagi (bermula dgn AWFL) sampai malam dimana kemuncaknya adalah konsert #TwtUpKejut yg menampilkan artis2 seperti najwa latif, iamneeta, theAliff dan ramai lagi..
bagi peminat cyberwar game,juga akan diadakan pertandingan tersebut, utk malumat lanjut berkenaan cyberwar (cygatec) boleh contact di no ni : 0127567759 (hamdan)



Friday, 19 April 2013

Hebahan Tawaran Mereka Design Baju RepublicUSM

Assalamualaikum dan segala hormatnya, kami mempelawa anda semua untuk bersama menyumbangkan idea dengan mereka design baju RepublicUSM. Berikut spesifikasi yang kami syorkan:

# mempunyai satu elemen USM sebagai major design.
# mempunyai satu elemen logo RepublicUSM sebagai minor design.
# warna bebas.

kami membuka tawaran ini sehingga 5Mei 2013. Selepas tarikh itu, kami akan mulakan sesi pengundian design. Design dengan undian paling tinggi akan dipilih sebagai design rasmi baju RepublicUSM.

sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di republicusm@gmail.com


Friday, 22 March 2013

Majlis Tilawah Al-Quran USM 2013


Assalamualaikum

Allah berfirman: “Sesungguhnya Alquran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar”. (Al-Israa,: 9).

Marilah sama2 meramaikan majlis ilmu
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Desasiswa dengan
tema "Al-Quran Cahaya Kehidupan"

Tarikh : Jumaat, 29 Mac (8 pm - 11 pm) dan Sabtu, 30 Mac (9 am - 11 pm)
Tempat :Kompleks Cahaya


Thursday, 14 March 2013

Selamanya RepublicUSM

Ehem..ehem...ehem...testing.testing.

Hye. bidang penulisan ni bukan bidang aku sebenarnya. tapi takper la. aku cuba yang terbaik untuk hampa semua.

okeh. aku Jay. Founder untuk RepublicUSM ni. pelajar tahun 3, school dirahsiakan. desasiswa Restu. idea penubuhan Republic ni tercetus masa study week sem satu dulu. pada tarikh 7 Januari 2013, maka tertubuhlah dengan rasminya RepublicUSM.

Pada awalnya susah jugak nak menempa nama dalam arena timeline twitter ni, tapi lama2 layan jugak hampa ni. kalau bosan je aku akan luangkan masa di twitter ni.

Aku harap hampa akan terus support RepublicUSM. kekuatan kami terletak pd hampa. lastly, kalau nak minta kami promote atau nk hubungi kami, emel je republicusm@gmail.com dan jangan lupa follow instagram kami search je republicusm.

A Territory of Republic USM - An Introduction



Republic USM adalah sebuah organisasi di bawah kendalian beberapa orang admin. Ditubuhkan pada Januari 2013, kini Republic USM maju setapak dengan penubuhan blog, di atas domain A Territory of Republic USM.


eh apesal skema sangat bahasa aku ni? haha. ok, aku malas nak serius sangat dalam bahasa di blog ini. sebarang pertanyaan, tak puas hati, rasa nk mintak nombor telefon ke, nk berkenalan ke, boleh lah email semua benda tu dekat email kami di republicusm@gmail.com

oh ye, sebelum aku terlupa. sebarang aktiviti pelajar, aktiviti persatuan, aktiviti kelab, boleh juga email details program korang dekat email tadi. aktiviti yang berunsurkan lucah, politik, mahupun peribadi adalah di larang sama sekali.

ok, bagi memudahkan korang kenal penulisan penulisan kitaorang, aku sebagai admin kedua akan memegang nama samaran seperti di bawah. admin tertinggi selaku founder Republic USM akan ada nama samaran dia sendiri. nanti dia kenalkan diri ok?

so, sampai disini jelah untuk intro. next time la aku tulis lagi. haa, lagi 1, kitaorang ni pun ada kerja nak buat, so takda lah 24 jam mengadap blog ni je. so kalau tak ter-update entry dalam 3-4 hari tu, faham faham jela. haha

ok, chow dulu.
adios.

yg benar,


Abg Kay.
(Admin kedua Republic USM)